RENUNGKANLAH

Semalam telah berlalu..... Apakah yang telah kita lakukan...? Apakah kita telah memenuhi hari kita dengan seribu kebaikan.......? atau kita telah memenuhi hari kita dengan seribu penyesalan..

Hari ini sedang kita lalui....Apakah yang sedang kita lakukan....? Adakah semalam yang kita lalui berulang kembali...

Esok akan kita hadapi jika diizikan Ilahi.. Adakah kita akan mengubah nasib kita agar apa yang kita lalui semalam dan hari ini berlalu dengan penuh erti....


Rabu, 1 Ogos 2012

Alhamdulillah....

Ramadhan datang lagi...Syukurku ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya dan keizinannya aku dapat menyambutnya lagi pada tahun ini..Alhamdulillah aku dapat lagi berbakti kepada keluargaku di bulan yang mulia ini..memasak untuk berbuka dan bersahur..urmmm sesekali x masak jgk...ajak anak2 makan kt luar. Aku merasa bahagia dengan apa yang aku miliki sekarang ini.. Sebuah keluarga yang ceria dan bahagia. Memiliki suami yang memahami, menyayangi aku dan anak2, bertanggungjawab dan yang bestnyer dia suka buat lawak yang membuatkan kami sentiasa happy...

Ramadhan kali ini membawa keberkatan kepada kami. Allah mengurniakan rezeki kepada kami. Alhamdulillah ramadhan kali ini juga kami dapat membeli sebuah kereta walaupun second hand demi keselesaan anak-anak yang semakin membesar. Bisness suamiku juga ku lihat semakin baik. Syukur padamu Ya Allah atas nikmat yang dikau berikan....

Tidak lama lagi hari raya akan menjelang tiba...Persiapan anak2 belum 100% siap..tapi masa masih ada. Di kala ini apa yang penting anak-anak gembira menyambut hari raya. Teringatku pada zaman aku masih kecil lagi..itulah yang emak lakukan kepadaku..menjadikan aku gembira dengan memenuhi kehendakku... Emak adalah idolaku..Sekarang setelah aku menjadi seorang ibu itulah yang aku lakukan kepada anak-anakku...
Anak-anakku adalah permata hatiku..Keluargaku adalah nadi hidupku...

Sabtu, 29 Oktober 2011

kereta rosak

tengah hari tadi kereta aku rosak , keluar2 dari rumah ingat nk ambik anak sulung aku kat sekolah . tengok2 kereta pulak rosak . call lah husband aku , husband aku tolong baiki . anak aku kat sekolah tuh mesti geram je , yelah . mmg dah lambat sangat ambik dia . lepas kereta dah siap tu , aku pergi lah ambik dia . mmg sudah dijangka , dia geram sgt sebab lambat ambik dia . dia kata sempat tidur tunggu ibu dia ni ambik . dah nasib nak buad macam mana kan . haha . dah sampai rumah , suruh lah dia duduk rumah , aku nak pergi workshop husband aku , wahh ! anak aku siap pesan suruh beli pau kaya+pau ayam , yelah tebus balik sebab lambat ambik dia . tapi last2 pau kaya je dapat . hhaha , nasib lah .

Ahad, 18 September 2011

cipta blog??????????

Ini adalah hasil pertamaku dalam cuba jaya menghasilkan sebuah blog sendiri...rasa bangga juga dapat menghasilkannyer....Setelah setahun lebih blog ini dihasilkan, hari ini aku menerima tugasan semester 2 ini untuk menghasilkan satu blog P&P...tidak pasti adakah aku akan menggunakan blog ini atau mencipta satu blog baru...rasanya untuk memastikan ilmu yg ada dipertingkatkan lebih baik aku hasilkan satu lagi blog khas untuk assignment ini...harap2 berjaya...

Jumaat, 10 Jun 2011

Cuti..Cuti..Cuti

Pening kepala apabila cuti sekolah bermula. Karenah anak-anak yang pelbagai. Laptop ni dh macam goreng pisang panas. Apabila jumpa sepupu -sepupunya maka adalah sesuatu yang baru dipelajari. Apapun aku gembira. Anak-anak adalah permata hatiku..

Ahad, 13 Februari 2011

aku kembali...

Lama sudah tidak menjenguk blog ini..kesibukan dgn rutin harian sehingga terlupa akan hadirnya...walaubagaimanapun akan ku cuba untuk menghidupkannya kembali...

Khamis, 15 April 2010

Majlis Berkhatan











Walaupun kita sedang melalui arus kemodenan, adat resam kita jgn dilupakan. Kesepakatan komuniti taman berjaya meneruskan adat resam dulu-dulu..

Jumaat, 5 Mac 2010

Setelah sekian lama tidak berjumpa rakan-rakan sepermainan ketika belajar di sekolah menengah dahulu akhirnya gerak hati untuk menyertai facebook yang diilhamkan oleh puteri sulung yang menyertai myspace akhirnya membuahkan hasil. Pada mulanya hanya berinteraksi dengan member-member sekerja. Tapi apabila naluri ni begitu mendorong untuk mencari rakan-rakan sepermainan ketika belajar, akhirnya orang pertama yang ditemui adalah Feizatie Erviena Abdul Aziz, diikuti dengan Zaiton Hazurah Ghazali dan Suryani Hashim. Rentetan dari itu beberapa kawan lain yang menyertai FB dan yang tidak menyertai pun dapat juga ditemui. Hati ini hanya Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya dapat berhubung dengan mereka semula.Walaupun tidak dapat bertemu muka dapat berhubung melalui FB juga sudah memadai. Iken percaya suatu hari nanti jika diizinkan Allah Iken akan dapat juga bertemu muka dengan mereka.

Pengikut