Selamat datang ke ruangan QASEH ABADIE.... Bersama-samalah kita berkongsi idea dan pendapat. Moga-moga kita akan beroleh kejayaan, kesejahteraan dan ketenangan jiwa..
RENUNGKANLAH
Semalam telah berlalu..... Apakah yang telah kita lakukan...? Apakah kita telah memenuhi hari kita dengan seribu kebaikan.......? atau kita telah memenuhi hari kita dengan seribu penyesalan..
Hari ini sedang kita lalui....Apakah yang sedang kita lakukan....? Adakah semalam yang kita lalui berulang kembali...
Esok akan kita hadapi jika diizikan Ilahi.. Adakah kita akan mengubah nasib kita agar apa yang kita lalui semalam dan hari ini berlalu dengan penuh erti....
Jumaat, 5 Mac 2010
Setelah sekian lama tidak berjumpa rakan-rakan sepermainan ketika belajar di sekolah menengah dahulu akhirnya gerak hati untuk menyertai facebook yang diilhamkan oleh puteri sulung yang menyertai myspace akhirnya membuahkan hasil. Pada mulanya hanya berinteraksi dengan member-member sekerja. Tapi apabila naluri ni begitu mendorong untuk mencari rakan-rakan sepermainan ketika belajar, akhirnya orang pertama yang ditemui adalah Feizatie Erviena Abdul Aziz, diikuti dengan Zaiton Hazurah Ghazali dan Suryani Hashim. Rentetan dari itu beberapa kawan lain yang menyertai FB dan yang tidak menyertai pun dapat juga ditemui. Hati ini hanya Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya dapat berhubung dengan mereka semula.Walaupun tidak dapat bertemu muka dapat berhubung melalui FB juga sudah memadai. Iken percaya suatu hari nanti jika diizinkan Allah Iken akan dapat juga bertemu muka dengan mereka.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan